Monday, June 22, 2009

IDA NERINA TERJATUH,PATAH TULANG BELAKANG MUNGKIN LUMPUH

Posted by manja at 9:37 PM
Berita gempar..Ida Nerina telah dilaporkan terjatuh di kondo beliau malam semalam di Persiaran Syed Putra.Pengurus Ida Nerina, Fizar Harun menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh ketika menaiki tangga ke ruang tamu dalam rumahnya di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, malam tadi dan mengalami kecederaan tulang belakang. “Dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana dia tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa dan tercedera pada tulang belakangnya,” jawab Fizar. Ida menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi dan menurut Fizar, Ida kini sudah sedar dan keadaannya stabil.Fizar bagaimanapun menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu.

Kesian Ida. More news to come later.

0 comments on "IDA NERINA TERJATUH,PATAH TULANG BELAKANG MUNGKIN LUMPUH"

Post a Comment

 

MANJA Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez